Wednesday, November 11, 2009

Kisah Satu Malam Jumaat Keliwon

Sayup-sayup kedengaran salakan anjing diselangi dengan bunyi cengkerik malam yang menjadi melodi alam, suasana malam yang hening langit ditaburi beberapa biji bintang, yang seolah-olah segan menyinar sirna dek cahaya penuh rembulan.

Kelihatan susup-sasap serba hitam bergerak laju meredah malam yang kian merangkak ke dinihari. Begitu pantas gerak larinya.

Langkahannya terhenti apabila tiba di belakang sebuah rumah besar tersergam gah di bawah sinar rembulan malam lima belas. Sambil menoleh ke kiri dan kanan seolah-olah mengintai gerak-gerak lain yang mungkin ada bersamanya ketika itu. Setelah dirasakan selamat, dengan gerak perlahan langkahan dimulakan.

Dengan seuntaian kunci di tangan, cuba membuka pintu belakang rumah tersebut. Satu persatu kunci dicuba namun belum juga berhasil. Keringat mula mencurah-curah. Akhirnya,. ktap! pintu tersebut berjaya dibuka. Terus susuk tubuh itu meluru masuk menuju ke sebuah bilik yang telah menjadi matlamat sedari tadi.

Tiba... tap!.. suasana yang suram tadi menjadi terang benderang...

"Hoi apa hal ko tak kunci pintu toilet dah la masuk macam pencuri..." Sergah satu suara sambil menutup hidung untuk mengelak bauan yang boleh memualkan isi perut.

"Sori la man, den tak sompek tadi dah tahan dah ni perut den haa..." Jawap din sambil menutup pintu toilet.

"Yang ko masuk jamban dengan helmet tu apa hal dah tebiat ke?...."Man menyoal rakan serumahnya.

"Moto den tetibo plak abih minyak kek simpang ompek tadi, dah la tu perut den plak buek hal.. terpakso la den lari balik umah ni ha..." Jelas din.

No comments: