Sunday, December 13, 2009

Ketuk-ketuk

"Mana yang lain lagi ni?..." Soal ku pada alif, "ntah la dorang janji lepas berbuka nak kumpul kat sini..." alif menjawab sambil matanya melilau ke arah rumah faizal.

"Takpe la, kita test dulu bunyi, baru siap tadi nih..." Suara ayie penuh semangat memecahkan kesunyian.

"Ok, aku main rentak ibu korang main anak yer..." Jawabku seolah-olah seorang komander memberikan keputusan.

Tuk, tuk, tak,tak ketak..tak.. ketuk ketak...

Memecah keheningan awal malam, bunyi alunan yang dihasilkan melalui ketuk-ketuk yang dibuat dari buluh.

Seperti tahun-tahun sebelum, inilah aktivitiku bersama rakan-rakan sekampung bermain ketuk-ketuk.

"Oit, oit tunggu la aku nak mian jugak..." kedengaran satu suara berlari ke arah kami, mematikan gerakkan tangan yang memalu buluh ketuk-ketuk kami.

"Tu la, yang ko lambat apsal?..." Sahut ku.

"Dah-dah jom kita gerak ke surau jap lagi nak masuk Isyak dah..." Tanpa berlengah aku memberikan arahan. Seperti biasa aku mengetuai kumpulan bermain ketuk2 dengan diiringi yang lain lebih kurang 6-7 orang la jugak.

Kami pun memalu buluh tersebut dengan penuh semangat, sambil berjalan menuju ke persimpangan jalan besar untuk menuju ke surau.

Bergema dengan alunan bunyi ketukan yang semakin menjadi-jadi, ditambah plak dengan letupan mercun dan sesekali terlihat cahaya berapi meltup di ruang udara.

Ketika hampir tiba di simpang tiga, kelihatan sebuah tubuh rendang berseluar bermuda tanpa berbaju mara ke arah kami, di tangannya terdapat sebatang rotan, dengan lagak bengis melibas-libaskan rotan tersebut.

Apa lagi semua bertempiaran lari, dengan ketuk-ketuk buluh di buang ke dalam semak dan parit.

*Tu la memekak lagi kan dah kena perambat dengan apek jeruk hehehehe

Saturday, December 12, 2009

Lif Dilema

Aku mengatur langkah satu persatu, matlamat ku untuk sgera sampai dengan selamat ke rumah agar dapat segera ku merehatkan badan melepaskan rasa kepenatan setelah seharian berkerja mencari rezeki.

Hampi tiba ke depan lif yang menjadi pemudah jalan untuk aku sampai ke aras 10, terletaknya lot yang telah ku huni hampir 3 tahun berada di ibu kota ini.

Kelihatan seorang perempuan yang layakuntukku gelarkan makcik. Kelihatan dia sedang membebel sendirian di hadapan pintu lif tu.

Pelbagai persoalan mulatimbul difikiran ku. "Apalah agaknya yang menggangu pemikiran makcikdi depan ku ini?..." bisik hati kecil ku.

Kelihatan belum ada penghuni lain yang berada derhampiran kawasan tersebut.

"Kenapa ni makcik? Macam ada masalah aje?..." Aku cuba menyapa makcik tersebut dari arah belakangnya.

Dia lalu berpaling memandang tepat ke muka ku dengan wajah yang terdapat ketidak puasan hati. Membuatkan lidah ku tidak jadi untuk melontarkan pertanyaan seterusnya.

Kemudian dia berpaling semula, ke hadapan mengadap tepi dinding sebelah pintu lif yang mana tertera angka berwarna merah yang menandakan kedudukan aras ketika itu sedang menuju ke atas. Semakin ramai penghuni mula berkumpul menunggu ketibaan lif untuk pulang ke kediaman masing-masing.

"Ish, berenti lagi... apa ni setiap tingkat berenti... haa.. tingkat lima ni pun nak berenti jugak..." Kedengaran di telinga ku suara yang terpancar dari mulut makcik tu.

secara tak langsung aku dapat mengagak, yang dia mahu segera pulang ke rumah, lagi pun di tangan kirinya terjinjit satu beg plastik yang terisi dengan sayuran.

"Haa.. tengok tu asyik berenti aje...." bebelannya masih kedengaran.

Lagi pun itulah satu-satunya lif yang tinggal dan beroperasi di blok ku setelah hampir setahun aku mengagahkan diri mendaki mata-mata tangga menuju puncak (rumah ku)
Setelah bertungkus lumus persatuan pendudu memperjuangkan nasib sehingga beberapa kali muncul di Buletin Utama, akhrnya kami dapat juga kembali mnikmati kemudahan yang ada masanya terpaksa jugak kami menurun dan mendaki anak-anak tangga.

Ting!... Pintu lif terbuka menamatkan lamunan ku. Tanpa bertangguh langkah kaki ku atur dan menempatkan diri secara berasak-asak ke dalam lif tersebut. Pintu lif pun tertutup dan mula merangkak naik. Tidak lama pintu lif pun terbuka, lalu makcik tadi pun keluar melangkah meninggalkan kami yang masih berada di dalam lif. satu suara pun tidak kedengaran. sebaik sahaja pintu lif tertutupberderai ketawa keluar dari semua yang berada di dalam lif tu termasuk la aku.

Apa tidaknya, setelah menunggu hampir 15 minit dengan membebelkan lif berhenti hampir di setiap tingkat, semata-mata untuk naik ke tingkat satu. Andai dia naik tangga tak sampai dua minit pun boleh sampai. nak kata uzur tak jugak sihat walafiat jer aku tengok. Tapi sanggupdia membebel dan menunggu selama itu hanya kerana satu aras sahaja.

Thursday, November 19, 2009

Kepuasan

Tik,tik,tik...

Sisa titisan yang masih berbaki menerjah ke atas sebuah bongkah baku yang sekian lama setia membiarkan dirinya dicurahi hujan yang menerjah dari cucuran atap. Kelihatan kesan melekuk yang kian mendalam, menandakan bukan sehari-dua atau seminggu dua berkhidmat menadah terjunan air hujan yang ada kalanya lebat dan ada ketikanya renyai.

"Emm... dah semakin siadang hujan ni.." bisik hati Karim. Yang sedari tadi gelisah menanti berhentinya hujan.Hampir sejam setengah menanti dengan penuh kegelisahan di hati.

"Ish, sempat lagi ke ni?... Harap-harap sempat la..." Getus Karim sambil berdoa.

Karim meneruskan langkahan selaju yang mampu, dia tak kisah apa pun yang bakal ditempuhinya dia sanggup. Dah hampir sejam setengah dia membuang masa menanti hujan reda.

Kalau dia tak sempat nanti malu la dia dengan Budin. Apa yang dia nak jawab kat Kumin, pastinya dia akan ditertawakan oleh Leman.

Karim tak sanggup, ini akan mencalarkan maruah kelakiannya, dia pasti malu untuk berhadapan dengan mereka jika mereka tau yang dia terlewat.

Rintik-rintik peluh kian banyak memercik dari dahi karim. Seluruh tubuhnya kian basah bermandi peluh. Karim tidak memperdulikan itu semua. Yang penting dia mesti sampai sebelum terlambat. Jika tidak segala-galanya akan terlepas.

Karim tidak mahu terlepas untuk kali kedua, seperti sebelumnya. Dia nekad untuk menebus kembali kesilapan dahulu. Kian laju larian karim, menyusuri lorong-lorong sepi yang masih jelas kesan basahan hujan tadi.

Dari jauh karim dapat melihat Lina, yang sedang bersiap-siap untuk pulang. "Alamak, abis la aku..." Karim cemas. Karim melajukan lariannya agar sempat sampai ke arah Lina.

"Lina, tunggu...!" Laung Karim dari jarak 10 meter. "Lina nak balik la, kenapa baru datang..?" Soal lina. Maaf la Lina, Rim lambat skit tadi kan hujan..." Jawab karim cuba menahan lelah kerana berlari, dan agar dapat melembutkan hati Lina. yang sememangnya bersiap-siap mahu melangkah pulang.

"Haa.. cepat la..." Lina mendengus

"Jangan la marah-marah lina..." Karim cuba menyulam ayat-ayat memujuk untuk melembutkan hati Lina.

"Lina bukak la camner nak masuk macam ni..." pinta Karim

" Bukak sikit dah la penat la nak bukak semua kang nak kena tutup balik" Balas Lina.

"Takpe la sikit pun takpe janji dapat" jawab Karim penuh ceria.

"Haa.. cepat la terbelek-belek..." sergah Lina.

"Belum jumpa lagi la Lina..." Jawap karim sambil matanya melilau ke sekeliling.

"Haa... dapat pun..." Jerit Karim keseronokan. Sambil menghulurkan wang kertas bernot RM5 kepada Lina.

"Tu jer?... Buat penat jer Lina bukak tadi..." omel lina sambil menghulurkan wang baki kepada Karim.

Karim melangkah meninggalkan Kedai Pak Omar bapa si Lina,dengan penuh keseronokkan kerana dia telah berjaya mendapatkan komik Alam Perwira keluaran yang terbaru, dia tersenyum puas kerana berjaya mendahului rakan-rakannya yang lain.

Wednesday, November 11, 2009

Kisah Satu Malam Jumaat Keliwon

Sayup-sayup kedengaran salakan anjing diselangi dengan bunyi cengkerik malam yang menjadi melodi alam, suasana malam yang hening langit ditaburi beberapa biji bintang, yang seolah-olah segan menyinar sirna dek cahaya penuh rembulan.

Kelihatan susup-sasap serba hitam bergerak laju meredah malam yang kian merangkak ke dinihari. Begitu pantas gerak larinya.

Langkahannya terhenti apabila tiba di belakang sebuah rumah besar tersergam gah di bawah sinar rembulan malam lima belas. Sambil menoleh ke kiri dan kanan seolah-olah mengintai gerak-gerak lain yang mungkin ada bersamanya ketika itu. Setelah dirasakan selamat, dengan gerak perlahan langkahan dimulakan.

Dengan seuntaian kunci di tangan, cuba membuka pintu belakang rumah tersebut. Satu persatu kunci dicuba namun belum juga berhasil. Keringat mula mencurah-curah. Akhirnya,. ktap! pintu tersebut berjaya dibuka. Terus susuk tubuh itu meluru masuk menuju ke sebuah bilik yang telah menjadi matlamat sedari tadi.

Tiba... tap!.. suasana yang suram tadi menjadi terang benderang...

"Hoi apa hal ko tak kunci pintu toilet dah la masuk macam pencuri..." Sergah satu suara sambil menutup hidung untuk mengelak bauan yang boleh memualkan isi perut.

"Sori la man, den tak sompek tadi dah tahan dah ni perut den haa..." Jawap din sambil menutup pintu toilet.

"Yang ko masuk jamban dengan helmet tu apa hal dah tebiat ke?...."Man menyoal rakan serumahnya.

"Moto den tetibo plak abih minyak kek simpang ompek tadi, dah la tu perut den plak buek hal.. terpakso la den lari balik umah ni ha..." Jelas din.

Tuesday, November 10, 2009

Semakin hari semakin hampir


Setiap detik dan saat berlalu meninggalkan aku kat sini yang semakin terhimpit tersepit.

apa aku nak buat ni weh...

nak buat macam tu tak muleh ...

nak buat gini plak kang tak kena...



aku konpius mius tahap cipan termakan bateri saiz D...
sib baik tak bateri keta ke moto ke beskal ke...

beskal ada bateri jugak ker?...

ada la kot behtu natang dinamo tu tak leh kira bateri ke...

alamak... makin hari makin hampir dah ni...

apa aku nak wat?...

nak lari kang jauh mana sangat aku larat nak lari lain la naik lori ke bas ke LRT tak pun monorail tak la penat sangat...




Nampaknya nak tak nak kena jugak la aku jadi pengawas jaga peksa SPM tahun ni....

aaargh.... tensen tak muleh cuti....

dah la tu time ujan2 plak tu nak kena bergelut dengan hujan la nampaknya...




Takper la dulu aku amik SPM org lain tolong jaga skang aku plak la kena jaga time bebudak SPM peksa hehehehe...